AgroSadaqah
SUMBANGAN ANDA, HARAPAN BARU BUAT MEREKA
Tujuan Utama
- Menyokong ketahanan makanan dan pembangunan sektor pertanian sebagai tonggak ekonomi.
- Meningkatkan Produktiviti Pertanian: Melalui pemberian bantuan teknologi pertanian moden, benih unggul, dan latihan untuk petani.
- Pembangunan Infrastruktur Pertanian: Membiayai pembangunan infrastruktur seperti pengairan, sistem penyimpanan, dan pengedaran.
- Pemberdayaan Petani: Memberikan akses yang lebih luas kepada petani terhadap pembiayaan yang berpatutan dan berterusan.
- Kesejahteraan Sosial: Menyokong kesejahteraan sosial komuniti petani dalam golongan B40, termasuk insurans kesihatan dan pendidikan.
Mekanisma Program
- Pengumpulan Dana: Melibatkan pihak swasta dan masyarakat.
- Penyaluran Dana: Melalui Agrobank ke projek-projek terpilih.
- Pemantauan dan Penilaian: Memastikan penggunaan dana yang cekap dan memberi impak positif.
TUJUAN UTAMA
Misi kami, Yayasan EZ Prihatin dan Agrobank dalam program AgroSadaqah adalah untuk membentuk perubahan positif yang berterusan dalam komuniti yang memerlukan. Setiap sumbangan yang diterima akan diagihkan kepada dua kumpulan penerima:
1. Kumpulan Asnaf
Mereka adalah penerima manfaat utama yang menanti bantuan daripada anda. Keprihatinan anda adalah sinar kehidupan yang membawa harapan kepada mereka yang memerlukan.
2. Komuniti Agrobank
Memberi peluang kepada Komuniti Agrobank – petani, peruncit, dan pengedar borong sebagai penerima manfaat sekunder. Dana yang terkumpul memberikan kelebihan kepada mereka, membantu mengukuhkan ekonomi.